Pegawai HAMAS mengeluarkan kenyataan sebagai respon terhadap kenyataan Trump yang sekali lagi menegaskan hasratnya untuk memindahkan penduduk Gaza ke negara lain.
"Kami menganggapnya sebagai 'resipi' untuk mencetuskan kekacauan dan ketegangan di rantau ini. Rakyat kami di Semenanjung Gaza tidak akan membiarkan rancangan ini dilaksanakan,"
kata pegawai tersebut.
"Apa yang diperlukan adalah penamatan penjajahan dan serangan terhadap rakyat kami, bukannya pengusiran mereka dari tanah mereka,"
tambah pegawai HAMAS.
"Rakyat kami di Gaza telah menggagalkan rancangan pemindahan dan pengusiran di bawah pengeboman selama lebih 15 bulan. Mereka berakar di tanah mereka dan tidak akan menerima sebarang rancangan yang bertujuan mencabut mereka dari tanah air mereka."
Sumber: Al Jazeera