Latest News

Stay updated with the latest developments and news

HAMAS menyatakan kesediaan mereka untuk membebaskan 34 orang tawanan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dengan Israel.

Menurut AFP pada Ahad, gerakan pejuang Islam di Semenanjung Gaza itu bersetuju membebaskan tawanan Israel sebagai sebahagian daripada fasa pertama perjanjian pertukaran tahanan.

Pertukaran fasa awal akan melibatkan semua tawanan wanita, kanak-kanak, warga emas dan tahanan yang sakit di Gaza. Namun, HAMAS memerlukan ruang masa untuk menentukan keadaan tawanan.

“Bagaimanapun, HAMAS memerlukan seminggu tempoh bertenang untuk berkomunikasi dengan penjaga tawanan dan mengenal pasti mereka yang masih hidup dan yang sudah meninggal dunia,” kata salah seorang pegawai HAMAS.

Menurut seorang pegawai HAMAS yang sama, perjanjian gencatan senjata bergantung kepada persetujuan Israel sama ada secara kekal, termasuk berkaitan dengan pengunduran Zionis Israel dari Gaza.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri Israel pada Ahad menyatakan bahawa HAMAS masih belum menyediakan senarai calon tahanan yang untuk akan dibebaskan.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
January 6, 2025