Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin merekodkan kemusnahan sebanyak 966 buah masjid di Gaza, sama ada musnah sepenuhnya atau sebahagian sepanjang tahun lalu. Angka tersebut dicatat ketika perang genosid berterusan terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Dalam laporan yang diterbitkan pada Ahad, kementerian menyatakan bahawa sejak awal tahun 2024, Zionis Israel telah:
Di Tebing Barat, kementerian merekodkan 256 pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa dan kawasan pekarangannya. Warga haram Yahudi melakukan ritual Talmud, yang jelas memperlihatkan pembahagian tempat dan waktu masjid tersebut.
Menurut laporan tersebut:
Berhubung keadaan di Masjid Ibrahimi, al-Khalil, laporan menyatakan:
Zionis Israel turut menyerang 20 masjid di Tebing Barat, dengan merosakkan sebahagian fasiliti masjid atau mencemari masjid dengan tulisan menghina syiar Islam.
Kementerian menyeru masyarakat antarabangsa agar mengambil tindakan tegas bagi menghentikan pencabulan berterusan ini, yang semakin meningkat khususnya perang genosid yang berterusan di Gaza.
Sumber: Shehab Agency