Sebuah gerakan hak asasi yang berpusat di Belgium, Hind Rajab Foundation memfailkan tuntutan terhadap 1,000 askar Israel atas jenayah perang, jenayah kemanusiaan dan genosid di Semenanjung Gaza.
Tuntutan tersebut difailkan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan kali pertama berlaku di dalam sejarah.
Dalam satu kenyataan, kumpulan berkenaan menyatakan,
Individu-individu ini kesemuanya telah dikenal pasti nama mereka, dituduh terlibat dalam serangan sistematik terhadap orang awam semasa genosid yang masih berterusan di Gaza.
Mereka juga turut menambah:
Aduan ini disokong bersama lebih 8,000 bukti yang boleh disahkan termasuk video, rakaman audio, laporan forensik, dan dokumentasi media sosial yang menunjukkan penglibatan langsung askar-askar ini dalam kekejaman tersebut. Semua askar tersebut berada di Gaza semasa genosid dan bukti menunjukkan penglibatan mereka dalam pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Sumber: The Palestine Chronicle