ICJ: KEWUJUDAN ISRAEL DI TANAH PALESTIN TIDAK SAH!
Pada Jumaat yang barakah, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) telah memutuskan bahawa kewujudan Israel di tanah Palestin adalah tidak sah.
Keputusan yang bersifat non-binding itu merupakan hasil sebulat suara 15 orang panel hakim terhadap laporan penjajahan Israel di Palestin yang dikemukakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 2022.
Difahamkan para hakim telah meneliti senarai panjang polisi, termasuk penubuhan dan perluasan penempatan haram Israel di Tebing Barat dan Timur Baitul Maqdis; penggunaan sumber asli di kawasan tersebut; pelaksanaan kawalan kekal dan pengepungan, serta diskriminasi terhadap penduduk Palestin - yang mana kesemuanya telah melanggar undang-undang antarabangsa.
Reaksi PA dan Knesset
Menteri Luar Palestin, Riyad Maliki - "Inilah detik yang melegakan untuk Palestin, untuk keadilan sebenar dan untuk undang-undang antarabangsa. Seluruh negara perlu jelas: tiada bantuan; tiada sokongan; tiada dana; tiada senjata; tiada perdagangan; tiada tindakan atau tiada apa-apa perkara yang membolehkan penjajahan haram Israel diteruskan."
Pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu - "Keputusan itu adalah sebuah penipuan yang memutarbelitkan kebenaran. Orang Yahudi bukan penjajah di tanah mereka sendiri!"
Reaksi Negara Luar
Keputusan ICJ menerima sambutan baik daripada beberapa buah negara termasuk Indonesia, Pakistan, Bahrain, Norway, Mesir, Bolivia, Brazil, Iceland, Ireland, Qatar, Jordan, Kuwait, Malaysia, Turkiye dan Afrika Selatan.
Sumber: AlJazeera, Anadolu Ajansi