IKTIRAF KEWUJUDAN ISRAEL UNTUK DAPATKAN KERAKYATAN JERMAN
Dalam sebuah perkembangan terbaharu di Jerman, mereka yang ingin mendapatkan kewarganegaraan di negara itu perlu mengisytiharkan hak Israel untuk wujud.
Perkara itu telah disahkan oleh Menteri Dalam Negeri Jerman, Nancy Feaser pada Selasa.
Syarat terbaharu itu dikatakan sebahagian daripada usaha untuk menekankan kesetiaan kepada nilai-nilai Jerman.
Tidak cukup dengan itu, permohonan kewarganegaraan akan melibatkan ujian khusus kepada pemohon berdasarkan ketetapan undang-undang kerajaan. Difahamkan Kementerian Dalam Negeri Jerman akan memasukkan soalan mengenai agama dan kehidupan Yahudi di Jerman. Namun, belum dinyatakan sama ada mereka juga akan memasukkan deklarasi khusus mengenai Israel.
"Melalui soalan-soalan yang dimasukkan ke dalam ujian khusus ini, pemohon akan menyatakan komitmen mereka terhadap kesamarataan jantina, demokrasi, sejarah tanggungjawab Jerman terhadap agama Yahudi akibat dariapda jenayah Sosialisme Kebangsaan. Sesiapa yang bersetuju dan berusaha untuk mencapai nilai-nilai yang dinyatakan boleh memohon pasport secepatnya," Feaser menjelaskan.
Jerman merupakan antara negara yang sedang berusaha menangani isu anti-semitik terhadap bangsa Yahudi di negara itu. Pada minggu lepas, Jerman telah menyenaraikan Boycott, Divestment and Sactions (BDS) sebagai organisasi ekstremis. Sebelum ini, pada 2019, mereka juga menyenaraikan BDS sebagai sebuah pertubuhan anti-Zionis.
Sumber: Financial Times, Haaretz