Dalam pencerobohan ke atas Lubnan, Israel mengebom sebuah organisasi kewangan, Al-Qard Al-Hasan yang didakwa telah menaja Hizbollah dan dalam usaha untuk menyekat dana dan keperluan pasukan penentangan itu. Menurut tentera Israel, mereka melakukan beberapa siri serangan terhadap berpuluh-puluh kemudahan, termasuk tapak yang didakwa telah digunakan oleh Hizbullah di selatan Lubnan dan di ibu negara, Beirut. Mereka juga menyasarkan serangan ke atas beberapa cawangan Al-Qard Al-Hasan.
Ditubuhkan pada tahun 1983, Al-Qard Al-Hasan dilaporkan telah lama terikat dengan Hizbullah dan beroperasi di bawah salah satu projek sosial. Israel menuduh hubungan Hizbullah dan Al-Qard Al-Hasan sebenarnya jauh lebih dalam berbanding apa yang diketahui mereka. Salah satunya, organisasi itu mendanai aktiviti keganasan Hizbullah seperti pembelian senjata dan pembayaran gaji ke atas para pejuangnya.
Al-Qard Al-Hasan memiliki lebih 30 cawangan di seluruh Lubnan, termasuk separuh daripadanya di kawasan berpenduduk padat di tengah Beirut dan pinggir bandarnya. Dalam laporan terkini, Israel dilihat mahu menyekat rangkaian itu berdasarkan serangan Israel pada malam tadi sudah sampai ke cawangan Al-Qard Al-Hassan di Beirut, timur Lembah Bekaa dan kawasan di selatan seperti bandar Nabatieh dan Tyre.
Pun begitu, Pengarah Eksekutif bagi Lebanese Center for Policy Studies, Makram Ouaiss menyimpulkan pandangannya yang mana serangan ke aras Al-Qard Al-Hassan tidak akan menjejaskan Hizbullah tetapi menyukarkan kehidupan rakyat Lubnan itu sendiri.
Sumber: Middle East Monitor, New York Times