Iran berada di fasa bersiap membalas serangan terhadap Israel, kata Ali Larijani, seorang penasihat kanan kepada pemimpin tertinggi negara tersebut. Kenyataan dibuat dalam satu wawancara yang diterbitkan oleh agensi berita, Tasnim Iran pada Ahad, lapor Reuters.
Pada 26 Oktober lalu, jet tempur Israel melancarkan tiga gelombang serangan ke atas sasaran tentera Iran, beberapa minggu selepas Iran melancarkan kira-kira 200 peluru berpandu balistik ke arah Israel. Iran sebelum ini telah berikrar untuk bertindak balas terhadap serangan Israel.
Ekoran serangan Israel ke atas Iran pada 26 Oktober, Menteri Pertahanan Israel pada ketika itu, Yoav Gallant memuji serangan yang dilancarkan dari Israel mengena tepat ke atas radar dan sistem pertahanan udara Iran dan serangan tersebut menyebabkan pihak musuh berada di tahap yang lemah.
Namun, Iran menyatakan bahawa serangan udara pada hari Sabtu hanya menyebabkan kerosakan yang sedikit. Seorang jurucakap Kementerian Luar Iran berkata pada Isnin bahawa Tehran akan menggunakan semua alat yang ada untuk bertindak balas.
Sumber: Reuters, Middle East Monitor