Tentera Israel mengesahkan bahawa Iran terus melancarkan serangan ke atas negara itu meskipun selepas campur tangan ketenteraan Amerika Syarikat (AS).
Beberapa pelancaran peluru berpandu dari Iran berjaya dikesan, dengan sebahagiannya dilihat melintasi ruang udara Amman, Jordan — memandangkan peluru berpandu itu perlu melalui ruang udara Iraq dan Jordan sebelum memasuki wilayah Israel.
Ini menandakan pelancaran ke-21 peluru berpandu balistik oleh Iran sejak konflik tercetus 11 hari lalu, susulan serangan Israel ke atas sasaran nuklear dan ketenteraan di Iran.
Pada awal pagi Ahad, tentera Israel melaporkan lebih 80 orang cedera akibat serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh Iran. Meskipun mempunyai sistem pertahanan udara yang canggih, beberapa peluru berpandu dilaporkan berjaya melepasi pertahanan itu dan menyebabkan kerosakan.
Iran dilaporkan menggunakan peluru berpandu hipersonik dan balistik iaitu senjata yang sangat canggih dan sukar dipintas. Pihak tentera Israel menyifatkan serangan ini sebagai antara yang paling kompleks dan berbahaya sejak konflik bermula.
Sumber: Al Jazeera