Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Tanaiste Ireland (Timbalan Ketua Negara), Simon Harris berkata bahawa beliau sangat terkejut dan jiik dengan tindakan Israel menyekat bantuan kemanusiaan ke Gaza yang berterusan.

Turut memegang jawatan sebagai Menteri Luar Negara dan Menteri Perdagangan, Harris juga menambah bahawa konflik di Timur Tengah adalah keutamaan baginya dan kerajaan Ireland. Menerusi Sidang Kemuncak Global Ireland 2025 semalam, beliau memberi amaran bahawa laporan Program Makanan Sedunia (WFP) mendedahkan bahawa kebuluran adalah ancaman sebenar bagi penduduk Gaza.

“Ketika kita sedang bercakap, kanak-kanak di Gaza sedang mati kelaparan dan kita tidak boleh berdiam diri dengan membenarkan perkara ini berlaku,” katanya.

Beliau mengulangi gesaannya terhadap Israel untuk menghentikan pencerobohan serta-merta dan menyambung semula akses kemanusiaan ke semua bahagian Gaza.

"Ireland dan rakan kongsinya, Kesatuan Eropah telah berulang kali menggesa Israel untuk mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa," tegasnya semalam.

Beliau menyatakan kebimbangan terhadap laporan bahawa Israel sedang merancang untuk memperluaskan operasi ketenteraannya di Gaza. Beliau menyeru kepada Tel Aviv untuk hentikan rancangan tersebut.

Harris menekankan kepentingan untuk membenarkan organisasi kemanusiaan, termasuk UNRWA, beroperasi pada kapasiti penuh, dan menegaskan keperluan untuk menangani cabaran yang dihadapi agensi PBB yang mengancam integriti sistem antarabangsa.

Beliau menyatakan bahawa aktiviti penempatan Israel di Tebing Barat semakin meningkat, dan mengesahkan komitmen Dublin terhadap penyelesaian dua negara sebagai satu-satunya cara untuk mencapai keamanan dan keselamatan yang berkekalan.

Sumber: Middle East Monitor

Written by
Admin
Published on
May 8, 2025