Latest News

Stay updated with the latest developments and news

HAMAS memaklumkan bahawa gencatan senjata Gaza dan pertukaran tahanan telah ditangguhkan kerana syarat baharu daripada Israel.

Dalam satu kenyataan ringkas, HAMAS berkata ia menunjukkan tanggungjawab semasa gencatan senjata dan rundingan pertukaran tahanan di Doha dengan pengantaraan Qatar dan Mesir.

“Israel menetapkan isu dan syarat baharu berkaitan  pengunduran tentera Israel di Gaza, gencatan senjata, tahanan dan kepulangan penduduk Gaza ke rumah masing-masing. Syarat itu telah menangguhkan usaha mencapai persetujuan," kata HAMAS dalam satu kenyataan.

Tiada komen daripada Israel mengenai kenyataan HAMAS itu.

Pada hari Selasa, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata pasukan perunding Israel akan kembali dari Qatar untuk berunding mengenai perjanjian pertukaran tahanan berpotensi dengan HAMAS.

Israel, melalui kenyataan rasmi pejabat Perdana Menteri mendakwa bahawa HAMAS yang mencipta 'halangan' terhadap perjanjian gencatan senjata itu: “Organisasi pengganas HAMAS sekali lagi berbohong, mengingkari persefahaman yang telah dicapai dan terus mencipta halangan baharu dalam rundingan.”

Sebelum ini, Israel telah berulang kali mematahkan percubaan untuk mencapai persetujuan gencatan senjta. Mereka berikrar untuk memusnahkan HAMAS dan berkeras untuk mengekalkan keberadaan tentera Israel di Persimpangan Netzarim di tengah Gaza dan di sempadan Gaza-Mesir.

HAMAS telah mendesak pengunduran sepenuhnya Israel dari Gaza.

Sumber: Anadolu Ajansi, MEMO, News Arab

Written by
Admin
Published on
December 26, 2024