Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Gaza mendakwa rejim Israel terus melaksanakan dasar penindasan dengan menyasarkan anggota keselamatan Palestin yang bertugas mengiringi trak bantuan kemanusiaan yang diagihkan oleh organisasi antarabangsa.


Menurut kementerian itu, tindakan tersebut bukan sahaja membahayakan nyawa para pengiring, malah turut menghalang bantuan kemanusiaan daripada sampai dengan selamat kepada rakyat yang memerlukan di wilayah yang terkepung itu.


Dalam satu kenyataan rasmi, kementerian itu turut mendakwa bahawa tentera Zionis membiayai perompak bagi merampas trak bantuan. Tindakan tersebut telah menafikan lebih dua juta penduduk Palestin di Gaza daripada akses selamat kepada keperluan asas, sekali gus terus mendorong wilayah itu ke ambang kebuluran.


Menurut kenyataan itu, ia merupakan satu cubaan terang-terangan oleh Israel untuk mengelak daripada tanggungjawab undang-undang atas jenayah menggunakan kelaparan sebagai senjata dalam waktu perang.


Strategi ini memaksa penduduk Gaza menempuh perjalanan yang jauh dalam situasi berbahaya semata-mata untuk mendapatkan bantuan, sekali gus menyebabkan rempuhan dan kesesakan yang turut mengakibatkan kerosakan sebahagian bekalan bantuan.


Dalam masa yang sama, rejim Zionis terus menyasarkan orang awam Palestin dan melakukan pembunuhan beramai-ramai, dengan puluhan mangsa dibunuh setiap hari di sepanjang laluan menuju ke lokasi bantuan.

Sumber: Quds News Network

Written by
Admin
Published on
August 1, 2025