ISRAEL BOLEH 'DITUMBANGKAN' DALAM 72 JAM
Ketua Pegawai Eksekutif Noga, Shaul Goldstein memberitahu bahawa Israel belum bersedia untuk berperang dengan Hizbullah dan jika ia berlaku, pusat tenaga di situ akan musnah.
"Kita tidak bersedia lagi untuk perang sebenar. Pada saya, kita tidak berpijak pada bumi yang nyata." jelasnya di dalam sebuah persidangan yang dianjurkan Institut Kajian Keselamatan Negara (INSS) kelmarin.
Noga merupakan sebuah syarikat yang mengurus dan memantau sistem elektrik Israel.
Goldstein menambah lagi, "Israel akan menjadi kawasan yang tidak boleh didiami selepas 72 jam tanpa tenaga elektrik. Cuba tengok semua infrastruktur kita, gentian optik dan pelabuhan. Saya tak akan dedahkan perkara sensitif tapi kita bukan berada di tempat yang bagus."
Bagaimanapun, pendedahan terkini Goldstein menerima kecaman daripada Pegawai Eksekutif Syarikat Elektrik, Meir Spiegler, termasuk INSS dan Noga.
"Kami sama sekali tidak mewakili dakwaannya yang menjurus kepada kesediaan sektor tenaga Israel untuk sebarang kecemasan kelak," ujar wakil Noga.
Sementara itu, Menteri Tenaga Israel, Eli Cohen bersumpah bahawa Israel tidak akan menempuh detik kegelapan.
Susulan daripada insiden tersebut, Goldstein di dalam sebuah temubual telah menarik balik kenyataannya, "Saya tak sepatutnya berkata karut."
Sumber: Haaretz