HAMAS mengumumkan bahawa Israel telah gagal mencapai objektifnya dalam perang pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.
Dalam satu kenyataan berikutan persetujuan kerajaan Israel terhadap gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan Gaza, HAMAS berkata:
“Penjajah gagal mencapai matlamat agresifnya dan hanya berjaya melakukan jenayah perang yang memalukan manusia."
HAMAS menekankan bahawa,
"Operasi Taufan Al-Aqsa menunjukkan perpaduan antara Palestin dan pejuang mereka dan mematahkan keangkuhan musuh."
“Kami memaksa Israel untuk menghentikan pencerobohannya terhadap rakyat kami dan berundur walaupun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu cuba untuk memanjangkan perang dan melakukan pembunuhan beramai-ramai lagi,” tambahnya.
“Jenayah yang dilakukan oleh pemimpin dan tentera musuh akan didakwa, tidak kira berapa lama ia mengambil masa,” ikrar HAMAS.
HAMAS juga menekankan bahawa,
"Tugas sekarang adalah untuk segera mula memberikan bantuan, melindungi rakyat kita, menyembuhkan luka mereka, membawa pulang keluarga yang dihalau dan membina semula Gaza.”
Sumber: MEMO, Anadolu