Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengeluarkan satu kenyataan rasmi di media sosial mengesahkan gencatan senjata antara Israel dan Iran.
“Tahniah kepada semua! Telah dipersetujui oleh Iran dan Israel bahawa gencatan senjata termeterai sepenuhnya!”
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih itu turut disahkan oleh Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani melalui satu panggilan telefon bersama pegawai Iran.
Sementara itu, gencatan senjata antara Iran-Israel difahamkan termeterai selepas Iran menyerang pangkalan udara AS di Al Ubeid, Qatar pada tengah malam tadi waktu Malaysia.
Gencatan senjata bermula secara rasmi dalam tempoh enam jam akan datang.
Namun begitu, kenyataan Trump di bidas oleh kenyataan daripada Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi yang menyatakan bahawa gencatan senjata tidak akan berlaku buat masa sekarang.
Sumber: Al Jazeera, X rasmi White House, X rasmi Menteri Luar Iran