Anggota Biro Politik HAMAS, Ismail Barhoum dibunuh dalam serangan udara Israel di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis. Sebuah dron Israel menyasarkan tingkat dua Hospital Nasser, yang terletak di Khan Younis di bahagian selatan Jalur Gaza.
Menurut Al-Jazeera, sebenarnya Ismail Barhoum, biro politik HAMAS menerima rawatan di hospital untuk kecederaan sebelum ini akibat serangan daripada Israel. Bersama Barhoum, seorang remaja Palestin berusia 16 tahun juga dibunuh dalam serangan yang sama.
Seramai lapan orang rakyat Palestin cedera dalam serangan ini dan semua mangsa adalah orang yang menerima rawatan untuk kecederaan sebelumnya.
Sumber: Al Jazeera, QNN, Reuters