Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Pihak Berkuasa Tanah Negara Haram Israel bersedia untuk merampas tanah yang merupakan ibu pejabat UNRWA terletak di Baitul Maqdis Timur untuk membina perumahan bagi penduduk haram Israel.

Menurut maklumat yang dikeluarkan, ibu pejabat UNRWA akan ditukar kepada 1,440 unit rumah.

Ini adalah serangan terbaru terhadap UNRWA oleh Israel yang telah lama berusaha untuk melihat organisasi itu ditutup dan menuduh UNRWA sebagai ‘organisasi pengganas’. UNRWA tidak dibenarkan untuk menjalankan sebarang aktiviti atau menyediakan sebarang perkhidmatan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini telah memberi amaran bahawa jika UNRWA diharamkan di Baitul Maqdis, seluruh Gaza mungkin hancur. Sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan kepada ratusan ribu Pelarian Palestin di Tebing Barat akan terhenti.

Sumber: Middle East Monitor

Written by
Admin
Published on
October 11, 2024