Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Kerajaan haram Israel meluluskan usul daripada Menteri Komunikasi Israel, Shlomo Karhi yang mengarahkan semua badan yang dibiayai kerajaan untuk menghentikan sebarang hubungan dengan Haaretz dan tidak lagi meletakkan iklan di akhbar tersebut. Cadangan ini diluluskan oleh Perdana Menteri Israel,  Benjamin Netanyahu pada Ahad.

Menurut penjelasan dari pihak kerajaan, keputusan ini adalah reaksi terhadap banyak rencana khas yang menjejaskan legitimasi negara Israel dan haknya untuk mempertahankan diri, terutama kenyataan yang dibuat oleh Amos Schocken, salah seorang penulis Haaretz pada bulan lepas.

Schocken pada bulan lalu menyeru untuk mengenakan sekatan ke atas kerajaan Israel:

Kerajaan Netanyahu tidak pedulikan apartheid yang kejam ke atas penduduk Palestin. Ia menolak impak ke atas kedua-dua belah pihak untuk mempertahankan penempatan sedia ada sepanjang peperangan terhadap pejuang Palestin yang Israel sebut sebagai pengganas.

Cadangan ini tidak dimasukkan dalam agenda mesyuarat kabinet mingguan lebih awal. Pejabat Peguam Negara tidak mengetahui hasrat untuk membawa cadangan itu ke undian, tidak menyemak cadangan dan tidak mengemukakan pendapatnya seperti kebiasaannya. Resolusi ini dibentangkan kepada menteri-menteri semasa perbincangan tanpa sebarang pandangan dari sudut undang-undang.

Di dalam responsnya, Haaretz mengkritik Netanyahu:

Resolusi memboikot Haaretz yang diluluskan tanpa semakan undang-undang adalah satu lagi langkah Netanyahu untuk memusnahkan demokrasi Israel. Haaretz tidak akan menolak atau tidak akan berubah untuk menjadi akhbar yang mesejnya diluluskan oleh kerajaan dan pemimpin.

Sumber: Haaretz

Written by
Admin
Published on
November 25, 2024