Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Knesset telah meluluskan undang-undang yang menyekat operasi Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Isnin. Undang-undang yang diusulkan pada 22 Julai 2024 telah menerima 92 undian daripada 120 ahli Knesset dan akan berkuat-kuasa dalam tempoh 90 hari bermula hari ini.

UNRWA adalah mandat Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dan merupakan talian hayat untuk penduduk Palestin. Penerimaan undang-undang terbaharu di Israel akan mengeruhkan lagi keadaan mereka dengan penutupan cawangan-cawangan UNRWA di kawasan Palestin yang terjajah, kawasan Baitul Maqdis Timur yang terjajah, Gaza dan Tebing Barat.

Undang-undang itu juga turut menekankan tanggungjawab UNRWA akan diserahkan di bawah pantauan dan kawalan Israel. Secara tidak langsung, perjanjian pada 1967 yang membolehkan UNRWA beroperasi di Israel terbatal. Segala aktiviti UNRWA di Israel dilarang, begitu juga dengan hubungan antara pegawai Israel dengan staf agensi itu.

Pengumuman terkini daripada Knesset menerima kritikan daripada beberapa gerakan pejuang Palestin seperti HAMAS dan Jihad Islami (PIJ), termasuk beberapa negara luar - Ireland, Norway, Slovenia, Jordan dan Sepanyol.

Sumber: AlJazeera, Anadolu Ajansi

Written by
Admin
Published on
October 29, 2024