Israel Sengaja Seksa Rakyat Palestin Dengan Arahan Berpindah
Arahan rejim Israel agar penduduk Gaza berpindah dari timur Khan Younis menunjukkan mereka tidak mampu mencapai matlamat untuk menghapuskan Hamas di samping niat mereka untuk melelahkan rakyat Palestin, kata Luciano Zaccara, profesor politik di Pusat Pengajian Teluk Universiti Qatar.
"Ini menunjukkan bahawa mereka tidak mampu menang dalam peperangan kali ini kerana mereka ingin menghapuskan Hamas secara fizikal dan politik. Namun, ia tidak berlaku. Oleh sebab itu mereka perlu mengusir para penduduk sebagai cara untuk mengejar dan menghalang pergerakan Hamas," ucap Zaccara kepada Al Jazeera.
"Ia juga membuktikan bahawa Israel mahu memenangi peperangan ini dengan cara memenatkan rakyat," katanya, merujuk kepada beberapa kali arahan pemindahan sebelum ini dari lokasi yang berbeza dalam tempoh sembilan bulan perang yang lalu.
"Cara ini akan mencetuskan lebih banyak masalah dan bahaya terhadap rakyat Palestin yang tidak dapat tinggal lebih dari sebulan atau 15 hari di satu tempat," tambahnya.
Luciano Zaccara menyatakan bahawa anggapan adanya tempat selamat untuk memindahkan rakyat Palestin adalah tidak benar kerana setiap kali pemindahan berlaku, serangan juga turut terjadi.
Sumber: Al Jazeera