Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Israel Serang Empat Sekolah di Gaza Dalam Masa Empat hari

Serangan dilancarkan rejim Israel telah mengorbankan nyawa puluhan rakyat Palestin yang berlindung di empat buah sekolah berbeza di seluruh Gaza sejak Sabtu lalu. Tentera Israel mengakui keempat-empat serangan itu dan mendakwa pesawat tempur mereka menyasarkan pejuang Hamas.

Sabtu, 6 Julai 2024

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan daripada pihak musuh telah membunuh 16 orang rakyat Palestin yang berlindung di sekolah al-Jawni, dikendalikan oleh PBB di Nuseirat. Sekitar 2,000 orang rakyat Palestin berlindung di sekolah tersebut ketika serangan itu, menurut agensi PBB untuk pelarian Palestin, UNRWA.

Ahad, 7 Julai 2024

Empat orang rakyat Palestin yang berlindung di sekolah Holy Family di Bandar Gaza terkorban akibat serangan pihak rejim Zionis , kata agensi pertahanan awam Gaza. Patriarkat Latin yang mengendalikan sekolah itu berkata, ratusan orang berlindung di kawasan sekolah itu sebelum serangan berlaku.

Isnin, 8 Julai 2024

Beberapa orang penduduk cedera dalam serangan Israel ke atas sekolah yang dikendalikan oleh UNRWA di Nuseirat. Mereka dibawa ke Hospital al-Awda untuk mendapatkan rawatan.

Selasa, 9 Julai 2024

Menurut pegawai Palestin, sekurang-kurangnya 29 orang rakyat Palestin terbunuh apabila serangan Israel mengena pada khemah mereka di kawasan sekolah al-Awda di Abassan, berhampiran Khan Younis.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
July 10, 2024