Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Israel Serang Zon Selamat Gaza Ketika Perbincangan Genjatan Senjata Berterusan

Rejim Israel telah melancarkan serangan darat, laut, dan udara ke atas al-Mawasi, sebuah kawasan yang merupakan zon selamat di Gaza, menurut agensi berita Palestin, WAFA.

Pihak tentera rejim menafikan dakwaan mereka telah melancarkan sebarang serangan di kawasan tersebut di mana ribuan rakyat Palestin berlindung.

WAFA juga melaporkan serangan Israel di bahagian barat bandar Rafah, serta serangan yang membunuh lima orang di Nuseirat, tengah Gaza.

Perkembangan ini berlaku ketika Hamas mendesak Amerika Syarikat untuk menekan rejim Israel supaya menerima gencatan senjata kekal, sementara rejim Israel berkeras untuk meneruskan perang selepas semua tebusan dibebaskan.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berkata pada Rabu semalam bahawa, kumpulan mujahidin Palestin itu telah membuat banyak pindaan kepada rancangan gencatan senjata yang disokong AS, yang mana sesetengahnya dianggapnya tidak boleh dilaksanakan.

Sumber: Middle East Eye

Written by
Admin
Published on
June 13, 2024