Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Israel telah bersetuju untuk menangguhkan operasi ketenteraan di seluruh Semenanjung Gaza bagi membenarkan petugas kesihatan menjalankan vaksinasi polio ke atas sekitar 640,000 kanak-kanak yang berusia bawah 10 tahun.


Lampu hijau yang diterima Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) difahamkan menelan masa selama 9 jam - bermula pada Ahad, pukul 6 pagi sehingga 3 petang - selama tiga hari.


Bagaimanapun, penangguhan operasi ketenteraan di Semenanjung Gaza tidak akan dilaksanakan secara serentak di seluruh wilayah. Sebaliknya, ia akan dilakukan secara berfasa, bermula dengan Tengah Gaza (selama tiga hari) dan seterusnya di selatan Gaza (selama tiga hari) dan kemudian di utara Gaza (selama tiga hari).


Sementara itu, pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menerima 1.26 juta dos vaksin polio dari Indonesia dan tiba pada minggu ini.


Setakat hari ini, Abdel-Rahman Abu El-Jedian merupakan pesakit polio termuda di Gaza ketika usianya baru 10 bulan dan dilaporkan separa lumpuh.


Sebagai rekod, ‘poliovirus type-2’ atau polio mula merebak ke beberapa negara sekitar 1990-an dan ini merupakan kali pertama Gaza diserang polio sejak 25 tahun yang lalu.


Sumber: Al Jazeera, The New York Times

Written by
Admin
Published on
August 30, 2024