Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Israel mengesyorkan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) berpindah lima kilometer ke utara untuk mengelak bahaya susulan pertempuran semakin sengit. Cadangan itu dikeluarkan selepas tentera Israel melepaskan tembakan meriam ke arah kedudukan pasukan pengaman di Lubnan, lapor Agensi Anadolu semalam.

Menurut Duta Israel ke PBB, Danny Danon dalam sebuah kenyataan rasmi,

Kami menfokuskan untuk melawan pengganas Hizbullah. Dialog dan koordinasi kami dengan UNIFIL akan diteruskan di selatan Lubnan.

Danon turut menambah bahawa situasi di sepanjang Garisan Biru (Blue Line) kekal tidak stabil akibat daripada serangan Hizbullah.Tambahnya lagi,

Israel tidak berhasrat untuk berada di Lubnan. Namun kami akan melakukan apa yang perlu untuk menghalau Hizbullah dari sempadan utara supaya 70,000 penduduk kami yang menjadi pelarian di negara mereka sendiri boleh kembali ke rumah mereka dengan selamat.

Kenyataan Danon tersebut dibalas oleh jurucakap PBB, Farhan Haq dalam satu sidang akhbar. Katanya, UNIFIL mempunyai tugas yang diamanahkan dan mereka akan terus mengkaji situasi keselamatan.

Sumber: Middle East Monitor

Written by
Admin
Published on
October 11, 2024