Amerika Syarikat (AS), Perancis dan beberapa negara lain gusar apabila usul gencatan senjata selama 21 hari di Lubnan ditolak Israel semalam.
Berdasarkan sebuah kenyataan bersama yang turut ditandatangani oleh Australia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Kesatuan Eropah (EU), gencatan senjata di Lubnan bertujuan untuk tidak menimbulkan risiko perang serantau yang lebih luas.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata dia masih belum memberi maklum balas terhadap cadangan gencatan senjata itu dan telah mengarahkan tentera Israel untuk terus berperang.
Pada masa yang sama, Menteri Luar Israel, Israel Katz telah memaklumkan mereka menolak usul tersebut pada hari yang sama idea gencatan senjata itu dibentangkan.
Ketua pembangkang Israel, Yair Lapid menggesa kerajaan menerima cadangan gencatan senjata itu – tetapi hanya untuk tujuh hari sahaja.
Sumber: Al Jazeera, Reuters, AP