Agensi Israel yang menguruskan bantuan kemanusiaan ke Gaza, COGAT (Coordination of Government Activities in the Territories), menafikan tuduhan daripada PBB, organisasi antarabangsa, doktor, media Barat, dan beberapa sekutunya bahawa mereka sengaja menyekat bantuan ke kawasan tersebut.
COGAT mendakwa mereka bersedia memudahkan apa sahaja yang diselaraskan oleh organisasi bantuan dan menyatakan bahawa "kemampuan organisasi bantuan PBB untuk mengambil bantuan dari pihak Gaza" di penyeberangan Karem Abu Salem dengan Mesir adalah masalah utama yang menyebabkan kelewatan.
Mereka juga mengulangi dakwaan Israel bahawa kelewatan ini bertujuan untuk memastikan "barang-barang tidak jatuh ke tangan 'pengganas' HAMAS," dan mengesahkan bahawa beberapa bekalan perubatan asas seperti gunting disekat kerana diklasifikasikan sebagai "kegunaan dua hala."
Sumber: Al Jazeera