Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Selain Amerika Syarikat, negara Jerman merupakan antara pembekal terbesar senjata kepada Israel.

Jerman akan memastikan penghantaran lebih banyak senjata ke Israel, kata Canselor Olaf Scholz. Kenyataan ini sangat berbeza dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang menggesa agar sebarang bekalan senjata ke negara haram Israel dapat dihentikan jika senjata tersebut digunakan di Gaza.

“Kami dalam kerajaan telah membuat keputusan yang akan memastikan penghantaran lebih banyak senjata untuk Israel.”

“Kami belum memutuskan untuk menghentikan penghantaran senjata.”

tambah Scholz, menepis dakwaan daripada pembangkang bahawa kerajaan Jerman telah menghentikan penghantaran senjata ke Tel Aviv selama berbulan-bulan.

“Kami telah menghantar senjata dan akan terus menghantar senjata.”

tanpa menyatakan jenis, kuantiti atau tujuan yang dimaksudkan.

Sumber: The Palestine Chronicles

Written by
Admin
Published on
October 12, 2024