Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Jewish Voice for Peace (JVP) iaitu sebuah gerakan advokasi berpusat di Amerika Syarikat (AS) telah menggesa agar serangan Israel ke atas Iran dihentikan serta-merta sambil menyatakan bahawa tindakan tersebut berisiko mencetuskan perang serantau secara menyeluruh.


"Selama berpuluh tahun, Israel dibiarkan bebas melakukan jenayah perang terhadap rakyat Palestin tanpa sebarang hukuman malah terus disokong oleh masyarakat antarabangsa dan menerima bantuan senjata daripada AS. Inilah yang membawa kita ke titik semasa," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan yang dikongsi di media sosial.


AS menyalurkan sekurang-kurangnya $3.8 bilion setiap tahun dalam bentuk bantuan ketenteraan kepada Israel, selain menghantar berbilion dolar tambahan sejak negara haram itu melancarkan serangan berdarah ke atas Gaza pada Oktober 2023.


“Dalam situasi tegang yang sedang memuncak antara AS dan Iran, kerajaan Israel terus meningkatkan pembunuhan dan kebuluran terhadap rakyat Palestin, semuanya dengan dana dan sokongan dari AS,” tambah kenyataan itu lagi.


“Israel sedang melakukan jenayah genosid dan mereka mencetuskan perang serantau. Amerika Syarikat mesti HENTIKAN pembekalan senjata kepada Israel SEKARANG.” menurut kenyataan mereka di laman sosial media X.Sumber: Al-Jazeera

Written by
Admin
Published on
June 20, 2025