Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Pentadbiran AS Joe Biden telah meluluskan dana besar bom ke Israel pada hari yang sama serangan udara rejim Zionis yang mengakibatkan kematian tujuh sukarelawan dari NGO World Central Kitchen (WCK), dedah The Washington Post pada hari Khamis.

Keputusan ini menggariskan komitmen AS untuk terus menyediakan senjata maut kepada Israel walaupun dikecam masyarakat antarabangsa berikutan insiden tragis itu.

Laporan itu juga telah menunjukkan percanggahan antara langkah Biden dan kenyataan emosinya, di mana beliau berkata bahawa beliau ‘marah dan patah hati’ dengan insiden tragis itu.

Menurut laporan itu, Jabatan Negara AS mengesahkan kelulusan dana senjata, yang termasuk lebih “1,000 bom MK 82 500 paun, lebih 1,000 bom berdiameter kecil, dan fius untuk bom MK80.”

Bagaimanapun, kerajaan AS mempunyai kuasa untuk menggantung dana senjata pada bila-bila masa tetapi mereka tidak lakukannya.

Insiden pembunuhan sukarelawan kemanusiaan oleh rejim Zionis telah mendorong penelitian semula sokongan AS terhadap kempen pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza.

Sumber: The Palestine Chronicles

Written by
Admin
Published on
April 5, 2024