Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan bahawa Jordan dan Mesir perlu menerima lebih ramai pelarian Palestin dari Gaza. Cadangan ini susulan krisis kemanusiaan yang tercetus akibat perang Israel, yang menyebabkan kekacauan besar di wilayah tersebut.
Apabila ditanya sama ada cadangan ini bersifat sementara atau jangka panjang, Trump menjawab,
"Boleh jadi kedua-duanya."
Trump menjelaskan perbualannya dengan Raja Jordan, Raja Abdullah, berkata,
"Saya memberitahunya bahawa saya ingin Jordan menerima lebih ramai pelarian, kerana keadaan di Gaza kini berada dalam kekacauan yang besar. Ia benar-benar kacau-bilau, dan saya ingin beliau menerima orang-orang dari sana."
Beliau turut menambah:
"Saya juga ingin Mesir menerima pelarian dari Gaza,"
sambil menyatakan bahawa beliau akan berbincang dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, pada Ahad.
Trump menggambarkan Gaza sebagai sebuah laman kemusnahan dengan berkata:
"Hampir semuanya telah musnah, dan ramai orang sedang mati di sana. Saya lebih suka melibatkan beberapa negara Arab untuk membina perumahan di lokasi lain, di mana pelarian ini boleh hidup dalam keamanan."
Sumber: Reuters, Al Jazeera