Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Menerusi platform X, Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk segera mengambil tindakan yang berkesan bagi menghalang pencerobohan rejim Zionis di tanah suci Baitul Maqdis Timur, termasuk pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Jelas beliau, rancangan Israel untuk menukar identiti masjid itu didorong oleh ideologi yang berteraskan kebencian dan menggesa masyarakat antarabangsa untuk bertindak balas sebelum terlambat.

Tambahnya lagi,

"Situasi di sana sudah tidak terkawal."

Di dalam laporan kami sebelum ini, Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan HAMAS telah mengecam kerajaan haram Israel yang memperuntukkan dana bagi operasi pencerobohan menteri sayap kanan, Itamar Ben-Gvir ke dalam pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Sejak pelantikannya sebagai Menteri Keselamatan Negara pada Disember 2022, Itamar telah menceroboh kawasan Masjid al-Aqsa sebanyak 6 kali.

Terbaharu, pada 26 Ogos 2024, Itamar sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menyuarakan harapannya untuk membina sinagog di dalam Kompleks Masjid al-Aqsa, termasuk menaikkan bendera Israel.

Jelasnya dalam satu temubual,

"Sekiranya Arab boleh beribadah di mana sahaja, maka bangsa Yahudi juga boleh berbuat demikian."

Sumber: MEE, Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
August 28, 2024