Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Menurut laporan yang dikeluarkan pada 22 September 2024 oleh Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, rejim Zionis melancarkan tiga operasi pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam di semenanjung Gaza hingga meragut nyawa 40 penduduk manakala 58 yang lain cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Kementerian berkenaan, sejak 7 Oktober 2023 hingga 22 September 2024, sudah 354 hari genosid yang dilancarkan Zionis Israel mengorbankan seramai 41,431 syuhada dan 95,818 mangsa yang cedera. Namun begitu, masih ramai lagi yang terperangkap di bawah runtuhan dan bergelimpangan di jalan raya. 

Tekanan semakin bertambah apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa ekoran pihak Zionis Israel berterusan menghalang mereka dalam operasi menyelamat. 

Menurut sumber dari Pejabat Media Kerajaan di Gaza, sejak 7 Oktober seramai 10,000 penduduk di Gaza masih hilang, 69% daripada mangsa korban merupakan wanita dan kanak-kanak manakala 60,000 ibu mengandung berdepan risiko kerana tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Gaza, Pejabat Media Kerajaan Gaza

Written by
Admin
Published on
September 23, 2024