Sekurang-kurangnya 11 orang, termasuk lima kanak-kanak, kini disahkan maut berikutan serangan tentera rejim ke atas sebuah rumah di Nuseirat, tengah Gaza, menurut krew Arab Al Jazeera.
Sebelum ini, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan mereka telah menemui enam mayat dari bawah runtuhan rumah yang dibom tentera Israel di kawasan Kem 1 Nuseirat.
Sumber: Al Jazeera