Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Ayham al-Salaymeh, seorang kanak-kanak Palestin berusia 14 tahun, akan mula menjalani hukuman penjara selama setahun dan menjadi rakyat Palestin termuda yang dipenjarakan di Israel.⁠⁠Hukuman ke atas Ayham dibuat selepas dia menjalani tahanan rumah selama setahun setengah di rumah keluarganya di kawasan kejiranan Ras al-Amud di Silwan, di Baitul Maqdis Timur.

Sebelum memasuki penjara, Nawwaf membawa anaknya pergi melawat kampung halaman mereka, Baitul Maqdis. Dalam beberapa klip yang mula tular, Nawwaf menasihati anaknya mengenai cara berkelakuan di penjara.⁠⁠

“Setiap banduan di dalam adalah saudara kamu,” ayahnya memberitahunya dalam satu video.

“Mereka semua macam awak. Mereka dipenjarakan kerana cinta mereka kepada negara mereka.”⁠⁠

Pada hujung bulan Januari 2023, Ayham yang berusia 12 tahun pada masa itu, dan empat lagi budak lelaki telah ditangkap oleh tentera rejim Zionis. Mereka dituduh membaling batu ke arah penduduk haram Israel, menurut laporan kumpulan hak asasi manusia Israel, B’Tselem. B’Tselem berkata, kanak-kanak lelaki itu dikenakan layanan yang ganas semasa disoal siasat.

⁠⁠Sumber: Middle East Eye

Written by
Admin
Published on
December 3, 2024