Kapal Madleen yang dilancarkan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dengan membawa beberapa jenis bekalan bantuan kemanusiaan seperti makanan, perubatan dan keperluan bayi untuk penduduk Gaza dilaporkan bertolak pada Ahad lalu dan dijangka tiba pada 7 Jun.
Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaharu, Kapal Madleen berdepan dengan pemantauan dron Israel di 68 kilometer dari perairan Greece dalam perjalanan ke Mesir. Difahamkan, sukarelawan Freedom Flotilla akan menggunakan laluan di sempadan Rafah melalui Mesir untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan keselamatan Kapal Madleen tanpa campur tangan Israel.
Kenyataan bersama PBB berbunyi: "Israel tidak patut masuk campur dalam perjalanan bebas mereka yang jelas sudah diluluskan di bawah undang-undang antarabangsa.
"Pada masa yang sama, kenyataan PBB mencerminkan kejadian pengeboman kapal Freedom Flotilla pada awal Mei 2025 di luar perairan Malta.
Seramai 12 orang yang terlibat di dalam misi Freedom Flotilla kali ini — seorang aktivis Sweeden, 5 orang sukarelawan Perancis (salah seorangnya ahli Parlimen Eropah), seorang sukarelawan Jerman, seorang sukarelawan Brazil, seorang sukarelawan Turkiye, seorang sukarelawan Sepanyol dan seorang sukarelawan Netherland.
"Kami melakukan misi ini kerana walau apa pun yang kami hadapi, kami perlu terus mencuba. Hilang erti kemanusiaan jika kami berhenti mencuba," ucap Greta Thunberg, aktivis Sweeden yang terlibat di dalam misi Freedom Flotillaa itu.
Sumber: Al Jazeera, Middle East Eye, Middle East Monitor