“Kami menggambarkan Gaza seolah-olah seperti neraka di bumi atau lebih teruk lagi.”
Pegawai PBB telah memberi amaran bahawa Semenanjung Gaza berdepan satu lagi jurang malapetaka dan kehabisan kata-kata untuk menggambarkan situasi itu.
“Keadaan menjadi semakin terdesak dan berbahaya bagi penduduk Gaza,” kata Penyelaras Khas PBB untuk Proses Keamanan Timur Tengah, Tor Wennesland, pada sesi Majlis Keselamatan PBB.
Sejak operasi Rafah bermula, lebih 800,000 orang telah berpindah dari Rafah ke al-Mawasi, Khan Younis dan Deir al-Balah dan lebih menyedihkan, pesawat rejim Zionis tidak henti menyerang penduduk Gaza yang sedang berusaha untuk berpindah.
"Kawasan yang dikatakan 'selamat' di al-Mawasi tidak mempunyai tempat tinggal yang mencukupi, makanan, air dan infrastruktur kumbahan dan jalan untuk kemasukan bantuan kemanusiaan telah terjejas teruk," kata Wennesland.
Seramai 193 kakitangan PBB telah dibunuh di Gaza sejak 7 Oktober 2023.
Sumber: The Palestine Chronicles