Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Keluarga Tawanan Israel Mengecam Komen Netanyahu

Sebuah kumpulan yang mewakili keluarga tawanan Israel yang ditahan di Gaza, Hostages Families Forum Headquarters telah mengutuk keras komen Netanyahu semasa wawancara bersama media Israel, Saluran 14.

"Ini adalah tentang 120 orang tawanan yang diabaikan dan pencabulan moral negara terhadap rakyatnya," kumpulan itu menjelaskan dalam satu kenyataan di X.

“Berakhirnya pertempuran di Gaza tanpa pembebasan tawanan adalah kegagalan negara yang tidak pernah terjadi sebelumny. Ia juga jelas sebuah kegagalan dalam mencapai matlamat perang,” tambah kumpulan itu lagi.

Kecaman terkini kepada perdana menteri negara haram itu dibuat selepas Netanyahu menyatakan dia terbuka kepada sebahagian perjanjian dengan Hamas yang akan melibatakan penyerahan semula beberapa tawanan Israel di Gaza, walaupun tidak semua. Dia juga menegaskan bahawa perang di Gaza akan diteruskan sehingga objektif mereka dicapai.

Sumber: Al Jazeera, Times of Israel

Written by
Admin
Published on
June 24, 2024