Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Wahai rakyat para syuhada dan pahlawan, wahai pejuang dan mujahidin Palestin serta umat Islam, wahai umat Arab dan Islam, serta seluruh pencinta kebebasan di dunia. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan rasa bangga dan kemuliaan, setelah menyelesaikan semua prosedur yang diperlukan, mempertimbangkan faktor keselamatan yang ditetapkan dalam keadaan perang dan pertempuran di medan, serta melakukan verifikasi menyeluruh dan langkah-langkah yang berkaitan, Briged Syahid Izz al-Din al-Qassam dengan penuh keimanan mengumumkan kesyahidan sekumpulan mujahidin dan pimpinan utama dalam Majlis Ketenteraan Umum Briged Al-Qassam:

  • Syahid Pemimpin Agung Umat, Muhammad al-Deif (Abu Khalid) – Ketua Staf Briged Al-Qassam.
  • Syahid Komandan Besar, Marwan Issa (Abu al-Bara') – Timbalan Ketua Staf Briged Al-Qassam.
  • Syahid Pejuang Mujahid, Ghazi Abu Tama’a (Abu Musa) – Ketua Bahagian Persenjataan dan Perkhidmatan Tempur.
  • Syahid Pejuang Mujahid, Raed Thabet (Abu Muhammad) – Ketua Bahagian Angkatan Manusia.
  • Syahid Pejuang Mujahid, Rafi’ Salama (Abu Muhammad) – Komander Briged Khan Younis.

Sebelum ini, dalam pertempuran yang berlangsung, kami juga telah mengumumkan kesyahidan dua komander utama:

  • Ahmad Al-Ghandour (Abu Anas) – Komander Briged Utara.
  • Ayman Nofal (Abu Ahmad) – Komander Briged Tengah.

Semoga Allah merahmati, meredai perjuangan, dan menganugerahkan mereka kedudukan tertinggi di sisi-Nya. Salam hormat buat roh suci mereka dan semua para syuhada Palestin.

Semua pemimpin hebat ini telah syahid dalam keadaan maju ke medan pertempuran tanpa berpaling, di tengah pertempuran Taufan Al-Aqsa. Mereka gugur di bilik operasi kepimpinan, dalam pertempuran langsung melawan musuh, atau ketika memantau barisan mujahidin serta mengatur strategi dan mengendalikan pertempuran.

Para pemimpin kami yang syahid telah mencapai impian mereka – mati syahid di jalan Allah, yang merupakan puncak cita-cita mereka dan penghormatan terakhir bagi kehidupan mereka yang penuh dengan perjuangan demi Allah, kebebasan mereka, tempat suci, dan tanah air mereka.

Mereka syahid untuk membuktikan dengan darah suci mereka keikhlasan perjuangan dan pengorbanan mereka, menunjukkan bahawa darah mereka tidak lebih berharga daripada darah setiap kanak-kanak Palestin di bumi ini.

Para syuhada kami telah menang apabila mereka menyerahkan panji perjuangan kepada para pemimpin baharu yang kuat dan berani, rakan seperjuangan mereka yang tidak mengenal kekalahan, dengan kekuatan dari Allah.

Para pemimpin mujahid ini telah pergi setelah melalui kehidupan yang penuh dengan jihad yang agung.

Itulah yang sepatutnya bagi pemimpin kami, Muhammad al-Deif (Abu Khalid), yang telah melemahkan musuh selama lebih dari 30 tahun. Bagaimana mungkin nama Muhammad al-Deif disebut dalam sejarah tanpa gelaran syahid dan penghormatan mati syahid di jalan Allah?

Bagaimana mungkin Marwan Issa, pemikir strategik Al-Qassam dan tiangnya yang kukuh, mati di atas katil? Bagaimana mungkin Abu Musa, pemimpin yang bijaksana dan mujahid yang unggul, serta Raed Thabet, gunung yang teguh, tidak mengorbankan nyawa mereka demi al-Aqsa?

Bagaimana mungkin para pemimpin briged kami, Ahmad al-Ghandour, Ayman Nofal, dan Rafi’ Salama, tidak berada di barisan hadapan bersama ribuan mujahidin syahid dari kalangan anak-anak dan saudara-saudara mereka?

Bagaimana mungkin mereka tidak mengorbankan darah mereka setelah mereka menikam musuh dengan tikaman yang mematikan dalam Operasi Taufan al-Aqsa? Beruntunglah kalian atas perniagaan yang menguntungkan ini, wahai para pemimpin agung!

Berbahagialah kalian, wahai pemimpin kami yang syahid, juga kepada keluarga kalian, anak-anak kalian, serta rakyat yang telah melahirkan dan mendukung kalian.

Kesyahidan para pimpinan tertinggi kami, meskipun kehilangan mereka merupakan musibah yang besar, tidak akan dan tidak pernah melemahkan kekuatan briged dan perjuangan kami dengan izin dan pertolongan Allah.

Sejak syahidnya mereka dalam pertempuran ini, semangat para mujahidin kami tidak pernah goyah. Malah semakin teguh dengan izin Allah. Pertempuran menjadi semakin sengit dan dahsyat, mujahidin bertempur dengan lebih gigih, menimpakan lebih banyak kerugian ke atas musuh, dan semangat juang mereka mencapai tahap yang maksimum belum pernah terjadi sebelumnya.

Seluruh dunia menyaksikan hal ini, dan mereka tetap teguh pada janji dan sumpah mereka.

Inilah yang tidak difahami oleh musuh yang angkuh, kerana kami berperang dengan keyakinan dan keimanan terhadap perjuangan ini.

Seorang pemimpin yang gugur akan digantikan dengan ramai lagi pemimpin, seorang syahid akan disusuli oleh seribu syahid. Dengan izin dan anugerah Allah, sistem kepimpinan Briged al-Qassam tidak mengalami sebarang kekosongan kepimpinan, bahkan untuk sesaat sekalipun sepanjang pertempuran Taufan al-Aqsa.

Ini adalah fakta yang telah dibuktikan di medan pertempuran sehingga ke detik-detik terakhir pertempuran dan penentangan.

Setiap berita mengenai kesyahidan salah seorang pemimpin kami dalam pertempuran tidak memberi kesan seperti yang diharapkan musuh, sebaliknya para mujahidin kami menganggapnya sebagai petanda kemenangan dan keberkatan.

Ia menjadi inspirasi dan teladan bagi mereka, dan inilah rahsia kekuatan kami serta bahan bakar perjuangan para mujahidin kami, dengan izin dan pertolongan Allah.  

Salam sejahtera ke atas ruh pemimpin kami yang agung, Muhammad al-Deif (Abu Khalid), saudara-saudara pemimpin syahidnya yang suci. Juga kepada sekumpulan besar pemimpin medan pertempuran dan mujahidin kami yang gagah berani, meskipun nama mereka mungkin tidak dapat disebut dalam kesempatan ini, cukuplah bahawa Allah mengenali mereka.

Kami memohon pertolongan dan bimbingan Allah untuk para pemimpin perjuangan yang masih membawa panji ini dan tidak pernah berpaling darinya.

ولا تهِنوا ولا تحزَنوا وأنتم الأعلَون إن كنتم مؤمنين. إن يمسَسْكم قرحٌ فقد مسَّ القومَ قرحٌ مِثلُه، وتلك الأيامُ نُداولُها بين الناس، وليَعلمَ اللهُ الذين آمنوا ويتَّخذَ منكم شهداء، والله لا يحب الظالمين. وليُمَحِّصَ اللهُ الذين آمنوا ويَمحَقَ الكافرين.

Dan sesungguhnya ini adalah jihad—kemenangan atau mati syahid.

Sumber: HAMAS

Written by
Admin
Published on
January 31, 2025