Jurucakap Briged al-Qassam, Abu Ubaidah:
Kami memberi penghormatan kepada saudara-saudara kami yang setia di Yaman atas pendirian mereka yang terhormat dan sokongan langsung mereka kepada penduduk Gaza. Meskipun mereka terpaksa membayar harga yang tinggi demi kesetiaan mereka kepada al-Aqsa dan Palestin.
Hari ini, roket dari Yaman telah bertemu dengan roket Gaza di langit Tel Aviv, menegaskan bahawa Gaza tidak bersendirian dan di belakangnya terdapat para pejuang daripada kalangan umat yang merdeka, yang tidak akan menyerahkannya kepada musuh yang angkuh.
Kami menyeru semua pejuang kebebasan dalam umat ini untuk turut serta berjuang mempertahankan Al-Aqsa, serta meneruskan sokongan dan bantuan kepada Gaza bagi melemahkan kekuatan musuh Zionis yang zalim dan memaksa mereka menghentikan serangan.
Khamis, 20 Ramadan 1446H
Bersamaan: 20 Mac 2025
Laman Rasmi - HAMAS