Kenyataan Media HAMAS
Netanyahu dan Kerajaan Nazi Meneruskan Pencerobohan serta Pembantaian terhadap Orang Awam di Gaza
Kami menuntut Netanyahu, penjenayah perang dan penjajah Zionis Nazi, bertanggungjawab sepenuhnya atas pencerobohan kejam ke atas Gaza serta serangan terhadap orang awam yang tidak bersenjata dan rakyat Palestin yang terkepung, yang kini berdepan dengan perang ganas dan dasar kebuluran yang disengajakan.
Netanyahu dan kerajaan ekstremisnya telah mengkhianati perjanjian gencatan senjata, sekali gus membahayakan nasib para tahanan di Gaza.
Kami menuntut para perantara agar mengecam Netanyahu dan penjajah Zionis agar bertanggungjawab sepenuhnya atas pelanggaran dan pengkhianatan terhadap perjanjian tersebut.
Kami menyeru Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar menunaikan tanggungjawab mereka dengan menyokong keteguhan rakyat Palestin dan perjuangan pembebasan mereka, serta mengakhiri kepungan zalim yang dikenakan ke atas Gaza.
Kami menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB agar segera bersidang bagi mengeluarkan resolusi yang mewajibkan penjajah menghentikan serangannya serta mematuhinya dengan keputusan 2735 yang menyeru kepada penghentian pencerobohan dan pengunduran sepenuhnya dari Gaza.
Pergerakan Pejuang Islam – HAMAS
Selasa, 18 Ramadan 1446H
Bersamaan: 18 Mac 2025M
Laman Rasmi – Pergerakan HAMAS