Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Kenyataan Media HAMAS Berhubung Dakwaan Penjajah Adanya Persiapan Mujahidin untuk Melancarkan Serangan ke atas Tenteranya

Gerakan HAMAS menegaskan bahawa penjajah Israel telah mengkhianati perjanjian gencatan senjata, mengelak daripada menunaikan komitmennya, dan terus melakukan pembantaian terhadap rakyat kami di Gaza, ketika antarabangsa membisu.

Dakwaan yang dikeluarkan oleh pihak penjajah mengenai adanya persiapan oleh mujahidin untuk melancarkan serangan ke atas tenteranya adalah tidak berasas sama sekali. Ia hanyalah alasan yang rapuh untuk mewajarkan kembali mereka kepada peperangan dan meningkatkan serangan berdarah mereka.

Penjajah cuba mengelirukan pendapat umum serta mencipta justifikasi palsu bagi menutup keputusan awalnya untuk menyambung semula pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata, tanpa menghiraukan sebarang komitmen yang telah dipersetujui.

HAMAS mematuhi perjanjian ini sehingga saat terakhir dan berusaha memastikan kelangsungannya. Namun, Netanyahu yang sedang mencari jalan keluar daripada krisis dalaman yang dihadapinya, memilih untuk menyalakan semula peperangan dengan mengorbankan darah rakyat kami.

Gerakan Perjuangan Islam - HAMAS

Selasa, 18 Ramadan 1446H

Bersamaan: 18 Mac 2025

Laman Rasmi - Gerakan HAMAS

Written by
Admin
Published on
March 19, 2025