Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Kenyataan Media HAMAS Berhubung Pengakuan AS Terhadap Serangan Zionis ke atas Gaza

Pengakuan pentadbiran Amerika Syarikat bahawa mereka telah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai serangan Zionis mengesahkan keterlibatan secara langsung dalam perang pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat kami.

Pengakuan ini sekali lagi membongkar sikap berpihak dan persekongkolan Amerika yang nyata dengan penjajah. Ia juga mendedahkan kepalsuan dakwaan mereka mengenai keprihatinan terhadap usaha gencatan senjata.

Washington, dengan sokongan politik dan ketenteraan yang tidak terbatas kepada penjajah, bertanggungjawab secara total atas pembantaian serta pembunuhan wanita dan kanak-kanak di Gaza.

Masyarakat antarabangsa perlu segera bertindak untuk mengadili penjajah dan pihak yang menyokongnya atas jenayah terhadap kemanusiaan ini.

Rakyat Palestin tidak akan mundur daripada perjuangan sah mereka sehingga penjajahan berakhir dan semua hak mereka diperoleh sepenuhnya tanpa sebarang pengurangan.

Gerakan Perjuangan Islam - HAMAS

Selasa, 18 Ramadan 1446H

Bersamaan: 18 Mac 2025

Laman Rasmi - Gerakan HAMAS

Written by
Admin
Published on
March 19, 2025