Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Berkenaan penyerahan mayat empat tahanan Zionis oleh Briged al-Qassam

Semasa proses penyerahan mayat tawanan, Briged al-Qassam dan pihak mujahidin tetap menjaga kehormatan si mati dan perasaan keluarga mereka. Meskipun tentera penjajah tidak menghormati nyawa mereka ketika masih hidup.

 

Kami telah berusaha menjaga nyawa tawanan penjajah, memberikan apa yang kami mampu dan melayani mereka dengan sifat kemanusiaan. Namun tentera Zionis sendiri membunuh tawanan Israel bersama para penjaga mereka.

Tentera Zionis telah membunuh tawanannya dengan mengebom tempat mereka ditahan. Kerajaan penjajah yang bersifat Nazi bertanggungjawab sepenuhnya setelah berulang kali menggagalkan perjanjian pertukaran.  

Hari ini, Netanyahu berpura-pura meratapi tawanannya yang kembali kepadanya dalam keranda. Ia merupakan usaha terdesak Netanyahu untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab atas pembunuhan mereka.  

Briged al-Qassam dan pihak mujahidin telah melakukan sebaik mungkin untuk melindungi tawanan dan menjaga nyawa mereka. Namun, pengeboman ganas dan berterusan oleh penjajah telah menghalang kami daripada menyelamatkan semua tawanan.  

Kepada keluarga Bibas dan Lifshitz:

Kami lebih suka jika anak-anak kalian kembali dalam keadaan hidup, tetapi pimpinan tentera dan kerajaan kalian memilih untuk membunuh mereka berbanding mengambil mereka kembali (dalam keadaan hidup). Bersama mereka, penjajah turut membunuh 17,881 kanak-kanak Palestin dalam serangan kejam mereka ke atas Gaza. Kami tahu bahawa kalian sedar siapa sebenarnya yang bertanggungjawab atas kematian mereka. Kalian juga menjadi mangsa kepimpinan yang tidak peduli terhadap rakyatnya sendiri.  

Kami menegaskan bahawa PERTUKARAN TAHANAN ADALAH SATU-SATUNYA CARA UNTUK MENGEMBALIKAN TAWANAN DALAM KEADAAN HIDUP KEPADA KELUARGA MEREKA. Sebarang percubaan untuk mengambil mereka dengan kekuatan ketenteraan atau meneruskan perang hanya akan mengakibatkan lebih banyak kehilangan nyawa di kalangan tawanan itu sendiri.

Gerakan Pejuang Islam – HAMAS

Khamis, 21 Syaaban 1446H

Bersamaan: 20 Februari 2025

Written by
Admin
Published on
February 20, 2025