Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Tindakan berterusan kerajaan Netanyahu menggunakan kebuluran sebagai senjata di Gaza merupakan jenayah perang, penghinaan terhadap masyarakat antarabangsa, dan cabaran terhadap institusi kehakiman antarabangsa
Selama 60 hari berturut-turut, tentera penjajah meneruskan kepungan menyeluruh ke atas wilayah Gaza, menutup semua laluan bagi bekalan penting untuk kelangsungan hidup seperti makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api. Sementara itu, krisis kebuluran semakin memburuk berikutan stok makanan yang kehabisan serta pengeboman ke atas simpanan makanan. Semuanya dalam rangka perang pemusnahan kejam yang sedang dilancarkan ke atas Gaza, termasuk langkah terancang untuk menghancurkan segala sumber kehidupan di wilayah tersebut.
Tindakan berterusan kerajaan penjajah pengganas ini dalam menggunakan kebuluran sebagai senjata terhadap orang awam yang tidak berdosa di Gaza adalah penghinaan terhadap masyarakat antarabangsa, pencabulan nilai dan undang-undang kemanusiaan, serta satu cabaran terang-terangan terhadap institusi antarabangsa — terutama Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang sedang mengadakan sesi pendengaran khusus berkaitan tanggungjawab kemanusiaan pihak penjajah.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini, mendedahkan bahawa tentera penjajah telah menggunakan kakitangan agensi tersebut sebagai perisai manusia semasa penahanan mereka adalah bukti nyata tentang kebiadaban rejim ini yang melanggar semua norma nilai kemanusiaan. Ia juga menzahirkan tahap jenayah yang luar biasa, termasuk sasaran terancang terhadap organisasi kemanusiaan yang beroperasi di Gaza.
Kami menyeru kepada semua negara di dunia, serta institusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terutamanya Majlis Keselamatan, agar berpihak kepada nilai kemanusiaan dan keadilan, dan menekan penjajah untuk menghentikan kepungan penuh yang dikenakan ke atas lebih 2.25 juta penduduk Gaza, serta menamatkan jenayah kebuluran sistematik yang sedang berlaku di hadapan mata dunia.
Kami juga mengulangi seruan kepada negara dan umat Islam serta Arab, dan kepada semua pencinta keadilan di seluruh dunia, agar segera bertindak menyelamatkan rakyat kami di Gaza, bergerak di setiap peringkat untuk memaksa pembukaan sempadan dan kemasukan bantuan kemanusiaan, serta menyokong dan memperkukuh keteguhan rakyat kami di tanah air mereka.
Gerakan Perjuangan Islam – HAMAS
Selasa, 1 Zulqa’dah 1446H
Bersamaan 29 April 2025
Laman Rasmi – Hamas