Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kami di Gerakan Pejuangan Islam (HAMAS) mengutuk sekeras-kerasnya dan menolak kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang bertujuan untuk menjajah Semenanjung Gaza dan mengusir rakyat Palestin dari tanah mereka.

Kami menegaskan bahawa kenyataan ini bersifat permusuhan terhadap rakyat dan perjuangan kami, tidak akan membawa kestabilan di rantau ini, malah hanya akan menyemarakkan lagi api konflik.

Kami dan rakyat Palestin bersama seluruh gerakan perjuangan tidak akan membiarkan mana-mana negara di dunia menjajah tanah kami atau mengenakan sebarang bentuk kawalan terhadap rakyat Palestin yang gagah dan bermaruah. Rakyat kami telah mengorbankan darah dan jiwa mereka untuk membebaskan tanah ini dari penjajahan dan untuk mendirikan negara Palestin yang merdeka dengan menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu kota.

Kami menyeru pentadbiran Amerika Syarikat dan Presiden Trump agar segera menarik balik kenyataan tidak bertanggungjawabini, yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa serta hak asasi rakyat Palestin untuk hidup di tanah air mereka sendiri.

Kami juga menyeru Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar segera mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan kenyataan berbahaya ini serta mengambil pendirian tegas dan bersejarah bagi melindungi hak-hak rakyat Palestin, hak mereka untuk menentukan nasib sendiri, dan mendirikan negara Palestin yang merdeka dengan menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara.

Gerakan Pejuang Islam (HAMAS)

Rabu, 06 Syaaban 1446H

5 Februari 2025

Written by
Admin
Published on
February 5, 2025