Kami menolak penggunaan bantuan sebagai alat ugutan politik, dan menyokong pendirian PBB yang menolak sebarang aturan yang tidak menghormati prinsip-prinsip kemanusiaan.
Sebagai respons terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pertubuhan antarabangsa yang beroperasi di semenanjung Gaza, serta kenyataan para pegawai PBB yang membongkar kepalsuan dakwaan penjajah mengenai rancangan pengagihan bantuan, dan mengesahkan bahawa apa yang dipromosikan oleh penjajah hanyalah helah untuk meredakan tekanan antarabangsa, maka kami dalam Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS) menegaskan perkara-perkara berikut:
1. Kami menolak sekeras-kerasnya penggunaan bantuan sebagai alat ugutan politik atau tunduk kepada syarat-syarat penjajah. Kami menegaskan bahawa mekanisme yang dicadangkan itu merupakan pencabulan undang-undang antarabangsa dan satu pengingkaran terhadap tanggungjawab penjajah menurut Konvensyen Geneva. Ia juga merupakan lanjutan kepada dasar kelaparan dan pengusiran yang memberi ruang masa tambahan kepada penjajah untuk meneruskan jenayah pembunuhan beramai-ramai, yang menuntut pendirian tegas daripada komuniti antarabangsa, negara-negara Arab dan Mesir.
2. Kami menghargai pendirian PBB dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang menolak sebarang aturan yang tidak menghormati prinsip-prinsip asas kemanusiaan, terutama sekali prinsip berkecuali, kebebasan, nilai kemanusiaan dan tidak memihak. Kami juga menegaskan bahawa satu-satunya pihak yang berautoriti untuk mengurus dan mengagihkan bantuan ialah institusi antarabangsa dan agensi kerajaan yang berkaitan, bukannya penjajah atau wakil-wakilnya.
3. Kami menyeru komuniti antarabangsa agar tidak terpedaya dengan naratif palsu penjajah, dan agar segera bertindak memecahkan kepungan secara menyeluruh serta membuka lintasan-lintasan masuk bagi membolehkan bantuan makanan dan perubatan disalurkan, di bawah seliaan PBB dan tanpa sebarang campur tangan ketenteraan atau politik.
4. Tindakan berterusan penjajah menyekat kemasukan bantuan dan mengganggu sistem pengagihan kemanusiaan mendedahkan dengan jelas niat mereka untuk melaksanakan kebuluran secara sengaja. Penjajah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di semenanjung Gaza.
Gerakan Perjuangan Islam – HAMAS
Isnin, 07 Zulqaedah 1446H
Bersamaan 05 Mei 2025
Laman Rasmi – HAMAS