Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kelulusan kabinet penjajah terhadap rancangan untuk meluaskan operasi daratnya di semenanjung Gaza merupakan satu keputusan yang jelas mengorbankan tawanan Israel di Gaza. Selain mengulang kitaran kegagalan yang telah mereka mulakan sejak 18 bulan lalu, gagal mencapai mana-mana matlamat yang telah dinyatakan.

Kenyataan Netanyahu, seorang pengganas yang dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengesahkan tekadnya untuk terus melakukan lebih banyak jenayah perang terhadap orang awam yang tidak berdosa di semenanjung Gaza, juga mendapat perlindungan penuh daripada pentadbiran Amerika Syarikat.

Rakyat Palestin dan para mujahidin yang gagah berani, yang telah menggagalkan rancangan jahat Halevi dengan tabah dan cekal tidak akan gentar dengan ancaman dan perancangan Eyal Zamir (Ketua Turus Umum Angkatan Pertahanan Israel). Sesungguhnya, kami adalah pemilik tanah ini dan kami akan terus bertahan di atasnya, walau sekejam mana pun serangan rejim penjajah.

Kami menyeru negara-negara Arab dan Islam, masyarakat antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta institusinya agar memikul tanggungjawab dan segera bertindak bagi mengekang kerajaan penjajah serta menghentikan jenayah kejam mereka terhadap rakyat kami dan berusaha membawa para pimpinannya ke muka pengadilan antarabangsa.

Kami juga menyeru seluruh umat Arab dan Islam, serta para pencinta kebebasan di setiap negara dan ibu kota di dunia agar menggiatkan gerakan berskala besar, memberi tekanan untuk menghentikan pencerobohan terhadap Gaza, berdiri teguh menyokong hak rakyat Palestin yang sah untuk bebas di tanah mereka, mengakhiri penjajahan dan menentukan nasib mereka sendiri.

Gerakan Perjuangan Islam – HAMAS

Selasa: 08 Zulkaedah 1446H

Bersamaan: 06 Mei 2025

Written by
Admin
Published on
May 6, 2025