Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Kenyataan Media HAMAS: Seruan Negara-negara dan Institusi Berkaitan untuk Memberi Tekanan kepada Penjajah  

• Kami menghargai pendirian negara-negara Arab, Islam, dan antarabangsa yang mengecam dan menolak tindakan jenayah Netanyahu serta kerajaan ekstremisnya yang menyambung kembali serangan ganas mereka selepas mengkhianati perjanjian gencatan senjata di Gaza.  

• Kami menyeru negara-negara sahabat yang menyokong keadilan perjuangan Palestin supaya meningkatkan tekanan ke atas pentadbiran Amerika Syarikat untuk menghentikan serangan ini dan menghalang perang pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata.  

• Kami menuntut agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), melalui semua institusi politik, perundangan, dan kemanusiaannya, segera mengambil tindakan tegas terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh rejim Zionis, pencabulan terhadap perjanjian dan norma antarabangsa, serta ancaman mereka terhadap keamanan dan kestabilan rantau ini melalui jenayah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Gerakan Perjuangan Islam - HAMAS

Selasa, 18 Ramadan 1446H

Bersamaan: 18 Mac 2025

Laman Rasmi - Gerakan HAMAS

Written by
Admin
Published on
March 19, 2025