Pihak berkuasa Israel telah membebaskan berpuluh-puluh tahanan Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak dari Penjara Ofer di barat Ramallah, Tebing Barat.
Pembebasan itu berlaku lewat malam Ahad hingga pagi Isnin, menandakan fasa pertama perjanjian gencatan senjata antara HAMAS dan Israel.
Tahanan Palestin yang dibebaskan telah dibawa pulang menggunakan bas Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah dan diiringi kenderaan Palang Merah.
Antara yang dibebaskan ialah Khalida Jarrar, seorang pemimpin terkemuka Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin.
Beliau disambut oleh keluarganya di Ramallah. Selain Khalida, Bushra At-Tawil juga antara yang dibebaskan dan telah tiba di rumahnya di Al-Bireh.
Pertubuhan hak asasi manusia dari Palestin mengesahkan pembebasan 90 orang tahanan, termasuk 20 orang kanak-kanak dalam tempoh 24 jam pertama gencatan senjata di Gaza.
Sumber: The Palestine Chronicles