Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Brigadier Jeneral Israel, Yisrael Shomer memberi amaran bahawa Israel masih belum berjaya menghalang ancaman Hizbullah dan perlu bersedia untuk membalas serangan di mana-mana sahaja bagi menghalang mereka (Hizbullah) daripada membina semula kekuatan.

Beliau berkata, “kemenangan sebenar” mungkin tidak akan dicapai selama beberapa dekad.

"Cabaran Hizbullah terletak pada penguatkuasaan dan mengekalkan pencapaian yang ada,” kata Shomer kepada saluran berita Israel Hayom.

“Kita mesti memastikan ancaman ini tidak berkembang semula di Lubnan atau di Gaza. Dan jika ia berlaku, kita mesti bertindak dan menyerang, walaupun bermakna mereka akan melancarkan beberapa roket kepada kita,” tambahnya.

“Beberapa hari pertempuran lebih baik daripada Hizbullah kembali menjadi seperti dahulu,” ujarnya lagi.

Seperti yang telah dilaporkan, rejim Zionis berulang kali menyerang sasaran Hizbullah (dikatakan sasaran Hizbullah) di selatan Lubnan walaupun gencatan senjata masih berterusan, dengan kedua-dua pihak saling menuduh melanggar perjanjian tersebut.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
November 29, 2024